Sunday, September 29, 2013

First Aids 
Rawat Virus Malas



Malas lawannya rajin. kenapa manusia malas? Sebab suka menunda-nunda dan bertangguh dalam menyelesaikan tugasan. 

Percaya atau tidak, orang Mukmin sepatutnya tidak kenal istilah 'malas'. jika diselusuri kitab turath, maka kita akan dapati sikap malas hanya dikaitkan dengan orang kafir dan munafik. Orang munafik yang bertopengkan Muslim biasanya akan bangun untuk menunaikan solat dalam keadaan malas. jikda diberi pilihan antara menunaikan solat atau tidak, mereka lebih memilih tidak mendirikan solat. Namun apa daya mereka terpaksa berlakon baik didepan muslim lain. Sekarang, tepuk dada tanya iman. ^__^
Renung-II kan.

First Aid untuk mencegah virus malas :

1.  Selesaikan satu, uruskan yang lain pula.
Allah berfirman bermaksud "maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.      (surah al-Sharh  94:7)

2.  Semangat juang yang tinggi.
Semangat juang yang tinggi akan menguburkan rasa malas.

3.  Berdoa
Rasulullah SAW pernah mengajar doa untuk mengatasi malas. Maksudnya :
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita, lemah dan malas, pengecut dan kikir dan terlibat dengan hutan serta dikuasai musuh. (riwayat al-Bukhari)

4.  Campak alasan jauh-jauh

5.  memahami konsep masa
Surah Al-Asr : demi mas. sSesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasiha-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (surah al-Asr 103:1-3)



PUNCA MALAS
  1. terlalu inginkan kesempurnaan
  2. kerap bertangguh
  3. Tiada matlamat hidup yang jelas dan tepat
  4. Masa terlalu panjang
  5. Berfikir negatif sebelum bertindak
  6. Bisikan dan godaan syaitan
  7. Tiada dorongan motivasi dalaman
  8. Terlalu kenyang atau tidur terlalu lama

SUMBER : GEN-Q (Simbol Cinta - ketulusan Cinta Seseorang Hamba)

Sunday, September 15, 2013



BUDI BAHASA BUDAYA KITA

KONSEP BUDI BAHASA

                  Budi adalah kelakuan yang baik, manakala bahasa merupakan percakapan dan  tingkah laku yang sopan santun.
       Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal  kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan  kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik  terhadap orang lain.


CONTOH-CONTOH AMALAN BUDI BAHSASA


 Contoh amalan masyarakat Malaysia yang menunjukkn ciri-ciri berbudi bahasa.
1.Senyuman Ikhlas dan mengucap terima kasih
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih
 2.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
3.Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
4. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'.
     6.Bertimbang rasa
Bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain dan memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain.

     7.Bertoleransi
Bersikap sabar serta menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain.

      8.Bertolak ansur
tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-matatidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain mudah memaafkan kesalahan orang lain



Friday, September 13, 2013

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Haa, sebenarnya saya nih tade idea lagi nak dimuatkan dalam blog, tetapi nih haa, nak kongsi dengan korang berkenaan artikel yang dah saya baca. Best tau ! Hayati dan cuba renung-renungkan yee ^___^ 


MATI ITU PASTI

Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Surah Yunus, 10:56)
Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab di hadapan-Nya.
Setiap tahun, kita melihat kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata Alhamdulillah, sebaik jemaah haji yang berangkat meniggalkan tanah air itu selama pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu saat nanti dimana kita pula dihantar pergi dan tidak akan kembali?
Bila sudah sampai masa kita, nyawa pasti tercabut. Kuburlah destinasi kita yang seterusnya, sementara menanti saat dipanggil ke Hari Akhirat. Semuanya akan kekal di sana tanpa dapat pulang semula. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak akan dibenarkan pulang lagi.
Itulah saat kematian.
Ya, itulah kematian. Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahbat handai. Sedarkah kita… hari ini kita solatkan jenazah orang, tapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita.
Seringkali kita mendengar apabila berlaku kematian, ia disebut sebagai ‘tamatlah riwayat’. Sebenarnya riwayat si mati tidak tamat. Tapi baru sahaja bermula episod baru iaitu Alam Barzakh; yang akan menjadi tempat tinggal sementara kita yang seterusnya. Elok amalan kita, eloklah tempat tinggal kita. Begitu juga sebaliknya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Bila kita mati, tiada apa yang akan kita bawa selain tiga amalan ini. Ketika itu, tidak mampu lagi melakukan apa-apa kerana sudah terlambat untuk kita. Menangis, menangis, meraung, tertunduk menyesal pun tiada guna kerana kita sudah diberi masa yang cukup panjang.
Setiap saat, setiap nafas, semua akan disoal oleh Allah swt. Tapi masa itu lah yang selalu kita bazirkan.
MATI
Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita.
Jika pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi, sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan. Demikian juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu al-Qur’an. Jika kita jauh daripada al-Qur’an, sepatutnya kita berasa risau dan gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?
Apabila tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung akhirat, ketika itu sudah tiada guna sebarang milik kita ini. Usah ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali amalan. Tidak kira apa tafar kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.
Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita dipanggil Ilahi.
Hidup ini pasangannya adalah mati. Sepeti pagi pasangannya adalah petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan Syurga adalah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.
Sedarlah… kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandi melakukan apa yang kita mahu.
Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku kita di tempat yang bukan milik kita.  Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.
Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita tercelik kerana  hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya adalah ciptaa Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?
Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.
Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan.
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.

Thursday, September 12, 2013

Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini perlu mengikut adab serta cara-cara yang betul agar hidup lebih berdisplin. Sebagai seorang hamba Allah yang sedang mencari redha-Nya, kita memerlukan ilmu untuk mengenali-Nya . Oleh sebab itu, dalam menimba ilmu, terdapat beberapa adab yang boleh kita praktikkan agar ilmu yang ditimba itu boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Antara adab-adab dalam menimba ilmu adalah seperti berikut :

1) Ikhlas Kerana Allah:
Dalam menimba ilmu, kita perlu meletakkan niat kerana Allah SWT. Jangan sesekali berniat untuk hal lain kerana itu akan membuat kita menjauhi daripada-Nya.
“Siapa menuntut ilmu untuk meraih kebahagiaan negeri akhirat; ia kan beruntung meraih kemuliaan dari Allah yang Maha Pemberi Petunjuk; 
2) Meninggalkan Perbuatan Dosa:
Ilmu itu cahaya; dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang maksiat.”
3) Mencatat Setiap Ilmu yang dipelajari:
Semasa menuntut ilmu, kita perlu mencatat setiap isi penting daripada ilmu yang kita pelajari. Hal ini kerana “Ilmu itu bagaikan binatang buruan, dan menulis adalah pengikatnya; ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat; Sebab di antara bentuk kebodohan, engkau memburu seekor rusa; lalu kau biarkan rusa itu bebas begitu saja.”
5) Sabar dibimbing Guru:
“Sabarlah dengan sikap guru yang terasa pahit di hatimu; sebab kegagalan itu disebabkan meninggalkan guru. Barangsiapa yang tidak mahu merasakan pahitnya menuntut ilmu sesaat; sepanjang hidupnya ia akan menjadi orang hina karana kebodohannya.”
6) Mengurus Masa
Sebagai penuntut ilmu, masa merupakan perkara penting yang mesti diurus agar kita dapat menimba sebanyak yang mungkin ilmu di dunia ini. 
“Takkan ada seorang pun yang akan mencapai seluruh ilmu; takkan ada, meskipun ia terus berusaha seribu tahun lamanya. Sesungguhnya ilmu itu bagaikan lautan yang sangat dalam, sebab itu ambilah semua yang terbaik dari ilmu yang ada.”
8) Bergaul dengan Orang Berilmu
“Bergaullah dengan orang-orang berilmu dan bertemanlah dengan orang-orang soleh di antara mereka; sebab berteman dengan mereka sangat bermanfaat dan bergaul dengan mereka akan membawa keuntungan. Janganlah kau merendahkan mereka dengan pandanganmu; sebab mereka seperti bintang yang memberi petunjuk, tak ada bintang yang seperti mereka.”
9) Tidak Pernah Puas dengan Ilmu yang Dipelajari
“Setiap aku mendapat pelajaran dari masa, setiap itu pula aku tahu segala kekurangan akalku. Setiap ilmuku bertambah, setiap itu pula bertambah pengetahuanku akan kebodohanku.”